Wednesday, October 19, 2011

Aku Bukan Untukmu

Assalamualaikum..

Bila berbicara tentang cinta..
semua membayangkan yang indah-indah..
begitu juga aku yang takkan lari dari perasaan itu..

Makna cinta itu sendiri luas sebenarnya..
Cinta pada Yang Maha Esa..
Cinta pada ibu bapa..
Cinta pada sahabat..
dan Cinta pada mereka yang bakal menemani kita seumur hidup..

Namun..
mencintai tidak semestinya memiliki..
kerana jodoh bukan ditangan kita..
apa yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk kita..
hanya menunggu pada waktu yang tepat...

Aku tahu dari bicara kata-katamu..
kau ada menyimpan perasaan padaku..
setelah lama kita tidak berjumpa..
dengan hanya saling berbalas komen di facebook..
aku mula mengerti perasaanmu..
ketika aku duka kau ada menenangkan aku..
dan aku juga mula merasa sesuatu..
tapi aku sendiri tidak pasti itukah cinta?

Sejak kemalangan itu..
aku hilang upaya untuk bergerak bebas seperti dahulu..
dua batang besi yang berada dikaki kiriku cukup menyulitkan..
namun setiap kali kau sentiasa memberi sokongan padaku..
memberi kekuatan untukku untuk meneruskan kehidupan seperti biasa..

Kau terlalu prihatin..
dan aku juga mulanya suka..
namun aku tersedar akhirnya..
aku bagaikan memberi harapan padamu..
sedangkan aku sendiri tidak pasti pada perasaan aku..
aku tidak mahu kau kecewa suatu hari nanti..
aku takut aku tak mampu bertanggungjawab pada perasaan kau sudah mula mekar..
aku cuba menjauhi..
tapi aku juga tidak sanggup..
namun kita tidak boleh bersama..
sebab kau pasti akan terluka..
dan aku tak sanggup melihat kau terluka..

tidak bolehkah kita sekadar berteman?

sebab..
aku bukan diciptakan untukmu..
aku harap kau akan bertemu dengan orang boleh membahagiakan kau..
dan aku bukan orangnya..

dan aku biarlah begini..
tapi jika waktu telah merubah segalanya..
aku akan bertemu dengan pemilik hati ini..


Assalamualaikum..

p/s : menulis untuk melepaskan segala kesulitan yang bersarang dalam hati.. bila tidak mampu menyimpan lagi.. luahkan semuanya.. dan aku lebih suka luahkan melalui tulisan...

Monday, October 17, 2011

Cinta Harus Memiliki - Anuar Zain

Assalamualaikum..

Baru2 ni Anuar Zain ada release album baru..
Aku tak belipun sebab takde sumber pendapatan..
tapi dari banyak2 lagu dalam album tu..
ada satu lagu yang menarik gegendang telinga aku..
aku mmg suka layan lagu2 jiwang macam ni..



Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan
Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu Mengapa ku tak sanggup

Pre Chorus:
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya

Chorus:
Ku tak percaya kita
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jauh ku terluka
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Oh…

Chorus:
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Ku cuma berdiri kaku hampa
Kau didakap mesra si dia
Semuanya pudar tak bermaya
Kau tinggalkanku memujamu
Ibarat suria hilang cahaya

Chorus:
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
Cintaku atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
(Cintaku) atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi

Assalamualaikum..

Friday, February 4, 2011

JOM TENGOK DAN LAYAN..

Assalamualaikum..

Kali ini aku nak kongsi satu video yang bagi aku best..
Sorang mamat ni banyak buat video..
dan salah satu video dia yang aku suka dan terasa jugak..
nak tahu apa.. JOM LAYAN>>>



Bayak lagi video dia..
kalu nak tgk pergi SINI

Assalamualaikum..

Monday, January 31, 2011

Kenapa Aku Begini?

Assalamualaikum...

Pertama sekali aku berharap pelajar2 malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat semuanya..
janganlah berlaku perkara2 yang tidak diingini kepada mereka..
sentiasalah berdoa kesejahteraan ke atas mereka..

Setiap manusia takkan pernah lari dengan masalah... begitu juga aku... aku sendiri tahu manusia itu berbeza-beza.. dan setiap dugaan yg akan ditempuhi juga berbeza..

apabila aku mempunyai masalah sebesar hama.. aku akan membuatnya menjadi sebesar gajah.. aku sendiri tak boleh nak take it esay sesuatu perkara..
kawan aku selalu cakap..
"Janganlah ambil serius sangat!"
"Kenapa kau takut sangat?"
"Take it easy!"
aku cuba dengar kata-kata mereka namun ia sedikit pun tak berhasil..
malah ia bagaikan menjadi satu beban buat aku..
sehinggakan kepala aku jadi pusing memikirkan hal ini..
aku bagaikan hilang kekuatan..
Adakah aku tak cukup kuat untuk harungi semua masalah yg membelenggu?
Kenapa aku begini?
kenapa aku tak mampu untuk berfikiran easy minded seperti orang lain..
kenapa??
kadang2 berkata2 itu sungguh mudah tanpa merasainya terlebih dahulu..
aku pun tak mahu berperasaan sebegitu..

Assalamualaikum..

p/s: bila sorang2 macam ni.. terlalu byk perkara yg ingin diluahkan... legakah aku?

Saturday, January 29, 2011

Muzik Dalam Hidupku

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak tulis tentang penyanyi yang aku suka dengar lagu mereka..
boleh dikatakan setiap hari aku akan dengar lagu mereka..

Yang pertama merupakan penyanyi antarabangsa..
siapa lagi kalau bukan MAHER ZAIN..
semua lagu dalam albumnya sedap-sedap belaka..
mmg kena dengan halwa telinga aku..
lagu-lagunya juga berunsur dakwah..
antara lagu yang aku palin suka adalah; InshaAllah, The rest of my life, hold my hand dan the chosen one..
yang lain juga aku suka.. semualah lagu-lagunya aku suka..
kalau boleh aku ingin sangat pergi konsert LIVE maher zain ini tapi takde kesempatan..
mungkin satu hari nanti..

Penyanyi tempatan pula yang aku suka ialah 6ixth sense..
bermula dengan lagu tanpa aku dah start suka kumpulan ini..
lepas itu lagu khatimah cinta, yang sempurnakanku, cinta matiku, menyesal dan sepi..
semua lagu dia mmg layan bagi aku..
sekarang lagu paling selalu aku dengar adalah cinta matiku..
mmg bestlah..

Jadi itulah antara penyanyi yg aku suka dengar..
dan ada lagi.. tp lain kali aku bg tahu..

harap-harap 6ixth sense menang untuk anugerah bintang popular untuk artis berkumpulan terbaik..

Assalamualaikum..