Wednesday, October 19, 2011

Aku Bukan Untukmu

Assalamualaikum..

Bila berbicara tentang cinta..
semua membayangkan yang indah-indah..
begitu juga aku yang takkan lari dari perasaan itu..

Makna cinta itu sendiri luas sebenarnya..
Cinta pada Yang Maha Esa..
Cinta pada ibu bapa..
Cinta pada sahabat..
dan Cinta pada mereka yang bakal menemani kita seumur hidup..

Namun..
mencintai tidak semestinya memiliki..
kerana jodoh bukan ditangan kita..
apa yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk kita..
hanya menunggu pada waktu yang tepat...

Aku tahu dari bicara kata-katamu..
kau ada menyimpan perasaan padaku..
setelah lama kita tidak berjumpa..
dengan hanya saling berbalas komen di facebook..
aku mula mengerti perasaanmu..
ketika aku duka kau ada menenangkan aku..
dan aku juga mula merasa sesuatu..
tapi aku sendiri tidak pasti itukah cinta?

Sejak kemalangan itu..
aku hilang upaya untuk bergerak bebas seperti dahulu..
dua batang besi yang berada dikaki kiriku cukup menyulitkan..
namun setiap kali kau sentiasa memberi sokongan padaku..
memberi kekuatan untukku untuk meneruskan kehidupan seperti biasa..

Kau terlalu prihatin..
dan aku juga mulanya suka..
namun aku tersedar akhirnya..
aku bagaikan memberi harapan padamu..
sedangkan aku sendiri tidak pasti pada perasaan aku..
aku tidak mahu kau kecewa suatu hari nanti..
aku takut aku tak mampu bertanggungjawab pada perasaan kau sudah mula mekar..
aku cuba menjauhi..
tapi aku juga tidak sanggup..
namun kita tidak boleh bersama..
sebab kau pasti akan terluka..
dan aku tak sanggup melihat kau terluka..

tidak bolehkah kita sekadar berteman?

sebab..
aku bukan diciptakan untukmu..
aku harap kau akan bertemu dengan orang boleh membahagiakan kau..
dan aku bukan orangnya..

dan aku biarlah begini..
tapi jika waktu telah merubah segalanya..
aku akan bertemu dengan pemilik hati ini..


Assalamualaikum..

p/s : menulis untuk melepaskan segala kesulitan yang bersarang dalam hati.. bila tidak mampu menyimpan lagi.. luahkan semuanya.. dan aku lebih suka luahkan melalui tulisan...

1 comment:

yusuf said...

Asalamualaikum

masa akan mengubati. inshaAllah