Assalamualaikum..
Sebagai mahasiswa..
ingin juga aku mengutarakan pendapat sendiri..
Ada yang menyokong dan ramai juga yang membantah berkaitan isu mansuhkan PTPTN..
aku salah seorang daripada peminjam PTPTN..
Selain dari membuat pinjaman PTPTN..
ada inisiatif lain yang boleh dibuat..
1. Mohon biasiswa
- mahasiwa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan biasiswa yang mana diuniversiti aku ramai yang dapat biasiswa dari JPA..
tapi diingatkan kepada mereka yang betul-betul bijak boleh memohonnya.. kalau result cukup-cukup makan lebaih baik guna inisiatif lain..
2. FAMA
- maksudnya father and mother.. guna duit mak ayah sendiri.. jadi diri tak dibelenggu hutang..
tak perlu risau nak pergi oversea atau rasa berhutang seumur hidup.. ada kawan2 aku yang guna FAMA ni tapi ayah dia CEO bolehlah.. kalau keluarga kita cuma kerja kerajaan atau makan gaji dengan orang.. lebih baik jangan menyusahkan..
Aku dah terang-terang tak guna inisiatif-inisiatif di atas..
salah aku sebab blaja tak bijak..
result tahap pertengahan saja..
ayah aku pun kerja kerajaan..
terpaksa tanggung adik beradik yang lain lagi..
Bagi aku PTPTN ni memang membantu..
tak perlu dimansuhkan..
lagipun pinjaman PTPTN ni bukan paksaan..
sebab mahasiwa ada hak untuk memilih..
tapi ramai yang terpaksa meminjam..
sebab pilihan tiada.. golongan macam aku...
Tapi PTPTN ni satu masalahnya adalah bunga yang dikenakan..
kakak aku yang membuat pinjaman PTPTN..
bila kau tengok bil yang dihantar..
bukan main melampau bunganya..
aku rasa sepatutnya bunga yang dikenakan mestilah relevan..
kadang-kadang terfikir juga..
takkanlah kerja seumur hidup semata-mata nak bayar PTPTN..
memang tak mampulah nak bayar sekaligus..
bila lambat bayar nama akan disenarai hitamkan..
tak bolehlah nak pergi over the sea..
So, pendapat aku..
PTPTN tak perlulah dimansuhkan..
kerana membantu mahasiswa..
tapi bunga yang dikenakan perlulah rendah..
ada tu bayar bulan2 sekadar bayar duit bunga sahaja..
sedih betul!!! mcm nak bayar kredit kad pula..
Assalamualaikum..
Sabar Dan Teruskanlah
4 weeks ago
1 comment:
Hi, Nice post thanks for sharing. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.
Thanks!
Angela
angelabrooks741 gmail.com
Post a Comment