Monday, May 17, 2010

Mencari Jalan Keluar

Assalamualaikum..

Sudah masuk minggu kedua aku bercuti..
Namun aku hanya tinggal dirumah tanpa melakukan sebarang kerja..
hanya membantu abah dan mak dirumah..
abang dan kakak aku pula bekerja..
aku pernah pinta pada abah untuk bekerja..
tapi ayah melarang..
aku tidak mahu membantah..
tambah lagi mak juga mahukan teman dirumah..

Namun seringkali perasaan bosan menyelinap kedasar hati..
apabila perasaan itu mula menyerang..
mata pula menjadi kuyu..
lelap tanpa isyarat..
sedar dari lena kepala pula terasa beratnya..

jadi untuk mengelakkan kesakitan ini terus berpanjangan..
aku perlu mencari jalan keluar..
tatkala aku mula membuka blog..
terdapat byk entri ttg sebuah filem tempatan..
yang diadaptasikan dari novel..
aku tidak pernah membaca novel tersebut..
novel karya ahadiat akashah..
seorang novelis yang terkenal..
satu ketika dahulu..
LAGENDA BUDAK SETAN..

posternya cukup menarik..
aku tertanya-tanya apa yg menariknya filem ini..
aku menonton trailernya di youtube..
lakonan Lisa Surihani, farid kamil, que haidar, raja farah dan fazura..
aku suka pelakonnya terutama Lisa Surihani..
gadis itu miliki pesona yg bisa menarik..


jadi aku buat keputusan untuk menonton cerita ini di wayang..
bkn senang aku nak tgk cerita mcm ni kt wayang..

Assalamualaikum..

2 comments:

Anonymous said...

cam besh jewk!!!

Cap Api said...

xtau lah tu..

jom try tgk..