Monday, October 17, 2011

Cinta Harus Memiliki - Anuar Zain

Assalamualaikum..

Baru2 ni Anuar Zain ada release album baru..
Aku tak belipun sebab takde sumber pendapatan..
tapi dari banyak2 lagu dalam album tu..
ada satu lagu yang menarik gegendang telinga aku..
aku mmg suka layan lagu2 jiwang macam ni..



Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan
Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu Mengapa ku tak sanggup

Pre Chorus:
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya

Chorus:
Ku tak percaya kita
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jauh ku terluka
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Oh…

Chorus:
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Ku cuma berdiri kaku hampa
Kau didakap mesra si dia
Semuanya pudar tak bermaya
Kau tinggalkanku memujamu
Ibarat suria hilang cahaya

Chorus:
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
Cintaku atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi
(Dan kau kembali cuba merawat hati)
(Ku bingung dikau kah atau aku yang kecewa)
Meraih simpati
Apa yang mengaburi tafsiranmu
(Cintaku) atau batas kebebasanmu itu
Takkan ku ulangi

Assalamualaikum..

Friday, February 4, 2011

JOM TENGOK DAN LAYAN..

Assalamualaikum..

Kali ini aku nak kongsi satu video yang bagi aku best..
Sorang mamat ni banyak buat video..
dan salah satu video dia yang aku suka dan terasa jugak..
nak tahu apa.. JOM LAYAN>>>



Bayak lagi video dia..
kalu nak tgk pergi SINI

Assalamualaikum..

Monday, January 31, 2011

Kenapa Aku Begini?

Assalamualaikum...

Pertama sekali aku berharap pelajar2 malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat semuanya..
janganlah berlaku perkara2 yang tidak diingini kepada mereka..
sentiasalah berdoa kesejahteraan ke atas mereka..

Setiap manusia takkan pernah lari dengan masalah... begitu juga aku... aku sendiri tahu manusia itu berbeza-beza.. dan setiap dugaan yg akan ditempuhi juga berbeza..

apabila aku mempunyai masalah sebesar hama.. aku akan membuatnya menjadi sebesar gajah.. aku sendiri tak boleh nak take it esay sesuatu perkara..
kawan aku selalu cakap..
"Janganlah ambil serius sangat!"
"Kenapa kau takut sangat?"
"Take it easy!"
aku cuba dengar kata-kata mereka namun ia sedikit pun tak berhasil..
malah ia bagaikan menjadi satu beban buat aku..
sehinggakan kepala aku jadi pusing memikirkan hal ini..
aku bagaikan hilang kekuatan..
Adakah aku tak cukup kuat untuk harungi semua masalah yg membelenggu?
Kenapa aku begini?
kenapa aku tak mampu untuk berfikiran easy minded seperti orang lain..
kenapa??
kadang2 berkata2 itu sungguh mudah tanpa merasainya terlebih dahulu..
aku pun tak mahu berperasaan sebegitu..

Assalamualaikum..

p/s: bila sorang2 macam ni.. terlalu byk perkara yg ingin diluahkan... legakah aku?

Saturday, January 29, 2011

Muzik Dalam Hidupku

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak tulis tentang penyanyi yang aku suka dengar lagu mereka..
boleh dikatakan setiap hari aku akan dengar lagu mereka..

Yang pertama merupakan penyanyi antarabangsa..
siapa lagi kalau bukan MAHER ZAIN..
semua lagu dalam albumnya sedap-sedap belaka..
mmg kena dengan halwa telinga aku..
lagu-lagunya juga berunsur dakwah..
antara lagu yang aku palin suka adalah; InshaAllah, The rest of my life, hold my hand dan the chosen one..
yang lain juga aku suka.. semualah lagu-lagunya aku suka..
kalau boleh aku ingin sangat pergi konsert LIVE maher zain ini tapi takde kesempatan..
mungkin satu hari nanti..

Penyanyi tempatan pula yang aku suka ialah 6ixth sense..
bermula dengan lagu tanpa aku dah start suka kumpulan ini..
lepas itu lagu khatimah cinta, yang sempurnakanku, cinta matiku, menyesal dan sepi..
semua lagu dia mmg layan bagi aku..
sekarang lagu paling selalu aku dengar adalah cinta matiku..
mmg bestlah..

Jadi itulah antara penyanyi yg aku suka dengar..
dan ada lagi.. tp lain kali aku bg tahu..

harap-harap 6ixth sense menang untuk anugerah bintang popular untuk artis berkumpulan terbaik..

Assalamualaikum..

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah MALAYSIA!

Assalamualaikum..





tahniah buat pasukan malaysia kerana berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010..
dgn aggregatenya 4-2... tahniah buat Safee sali kerana menjaringkan gol pada perlawanan akhir pusingan kedua dan juga pada Khairul Fahmi yg berjaya mengawal ketat gawang gol malaysia walaupun bolos 2 gol tetap membanggakan..

Dan xdilupakan utk semua permain MALAYSIA.. cuma perlawanan tadi pertahanan Malaysia tampak agak goyah sedikit. apa2pun malaysia sudah buat terbaik!
TAHNIAH MALAYSIA..
dan buat rakyat Malaysia.. Jumaat ni cuti..

Assalamualaikum..

Monday, December 27, 2010

Nak kahwin? Tak Nak Kahwin?

Assalamualaikum..

sekarang musim orang mengawan kahwin dan tunang..
ramai yang suka sebab dapat makan free dan banyak..
tapi bagi org yg mengalami majlis seperti ini..
amatlah terasa penatnya..
bukannya aku nk kahwin..
tapi org dalam keluarga aku yg bertunang...

sekarang bertunang bukan macam dulu dah..
buat secara kecil-kecilan..
jiran sebelah rumah pun xtahu yg ada majlis tunang..
cuma pihak keluarga lelaki dan perempuan serta saudara mara..

tapi skang dah lain...
majlis tunang dah macam majlis kahwin dah..
cuma xde tok kadi jer..
kalau x mmg dah kahwin kat situ..
aku ni mmg abis penat masa majlis tunang tu..
tu baru tunang belum majlis kahwin lagi..

tapi apa2pun...
bertunang tu maksudnya kita telah membina satu ikatan..
maksdunya dia sudah melangkah fasa yg utama..
daripada bercouple tak tentu pasal..
baiklah bertunang dulu..
tapi bertunang xmenghalalkan yg haram..
kena ingat tu..
sekurang2nya sudah ikatan yg terjalin..
ibu bapa pun dah kenal pasangan anak masing2kan..
jadi tiada masalah sangat nnt..

meh kita tgk bajet kahwin yg paling murah standard skali..

jadi kalau xde 15 ribu..
jgn nak beranganlah nak kahwin..
kumpul duit byk2 dulu...
tapi apa2pun..
kahwin ni best tau..
rugi xkahwin..
 heheh..
jadi rancanglah bajek kahwin cukup2 tau..
jgn berhutang sudahlah..
nnt lps kahwin terpaksa pula menanggung hutang..
kang xpasal2 bercerai berai..
buatlah yg termampu k..
fikir-fikirkanlah..

Assalamualaikum...

Aku tak ingin begitu

Assalamualaikum..

sudah lama aku biarkan blog ni macam tu jer..
jadi bila dah setiap malam jadi macam burung hantu terdetik akhirnya tuk mengupdate blog ni..
aku sekarang sedang menghabiskan sisa2 cuti sem yg masih ada..
minggu depan sem baru akan bermula..

kali ni aku ingin lakukan perubahan pada diri aku..
sampai bila aku mahu berada di takuk lama..
masih memilih jalan yg selamat..
kali ini aku mesti bersungguh-sungguh untuk berubah..
sudah 3 sem aku tidak berjaya mendapatkan dean list..

jadi sem depan aku berazam tuk mendapatkan dean list..
klu boleh dalam 6 sem itu cukuplah sekali tuk aku merasainya..
untuk berjaya bukannya mudah..
kita perlu merasakan kesusahannya untuk memperolehi kesenangan..

biar kita rasa terseksa dahulu..
kerana kemudia kita akan merasai kenikmatannya..
aku tak mahu jadi seperti dulu..
aku mahu jadi manusia baru..
punya prinsip dan kekuatan..
aku xmahu menjadi penurut saja..
aku mahu jadi pembimbing..

aku harap kesungguhan aku tidak akan pudar..
aku perlukan semangat utk berjaya..
sebab aku ni mmg banyak kali hangat2 tahi ayam..
jadi aku kena buktikan yg aku serius dalam pelajaran..
aku mahu jadi jurutera yg berjaya..
dan inilah pilihanku...

aku tak mahu jadi manusia copy paste lagi... aku tak ingin begitu lagi..
aku ingin melakukan dgn usaha sendiri..
biarlah aku gagal kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..
kegagalan itu yg akan menjadi pendorong serta kekuatan utk meperolehi kejayaan..

so, please don't give up..!
fighting!

Assalamualaikum..